Thursday, October 21, 2010

Bile telinge berdengung.

Salam,
lame aku x tulis blog, act. da dua hari, telinge asyik berdengung je, kalau dulu mase sekolah ustazah de cakap kalau telinga berdengung maknanya [
Daun di LUH MAHFUZ tuh ada nama manusia yang hidup kat muka bumi ini. Bila seseorang meninggal dunia, daun nya yang tercatat segala takdir untuk dirinya akan gugur dan terkena daun yg ada nama kita..] walla uallam~


"Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja dan Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Dia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Luh mahfuz) yang terang nyata."
Al-Anaam [6:59] 


then search google, 1st utk telinge kanan berdengung pukul 11 malam
 tengok-tengok :-

ntara jam 10.00 – 11.00malam
bermakna akan kedatangan pencuri.

whoa! da lah aku mase tu tengah jage kantin kan, tibe-tibe takot pulak, if pecaye syirik. tapi amik jugak langkah berjaga-jaga. sorokkan barang berharge exs. hp, yela no hp no life! ahha :P

Pastu, hari berlalu keesokkan harinye.. takde pencurik pon yang datang! alhamdulillah. ish ish ish astafirlahulhazim..

but pastu telinge aku berdengung lagik hari ni, aku pon gatal tengok - tengok :-

antara jam 11 – 12tgh
bermakna akan ada khabar yang kurang menyenangkan yang datangnya bersamaan dengan surat yang akan diterima dalam waktu dekat.

uhm ignore jela, kan semua tu dah tersurat, kat bwh ni ade firasat tu, kalau korang nak tengok la :-


FIRASAT TELINGA BERDENGUNG.


TELINGA SEBELAH KANAN

Antara pada jam 06-07 pagi
bermakna akan mendapat kabar buruk.

antara jam 07 - 08 pagi
bermakna akan difitnahkan orang yang menjadikan guncingan orang.

antara jam 08 - 09 pagi
bermakna akan merancang utk berjalan jauh, samaada bersendiriran atau bersama orang lain.

antara jam 09 - 10 pagi
bermakna akan ada berita yang kurang menyenangkan tentang keluarga.

antara jam 10 - 11 pagi
bermakna akan ada penghalang dari rencana perjalanan anda sebaiknya ditunda atau dibatalkan dulu.
antara jam 11 – 12tgh
bermakna akan ada khabar yang kurang menyenangkan yang datangnya bersamaan dengan surat yang akan diterima dalam waktu dekat.


antara jam 12.00 tgh – 1.00petang
bermakna akan ada saudara jauh yang datang dengan membawa cerita lama.

antara jam 1.00 – 2.00petang
bermakna akan ada ajakan maka-makan.

antara jam 2.00 – 3.00petang
bermakna akan ada sesuatu yang membahayakan anda dalam waktu dekat.

antara jam 3.00 – 4.00petang
bermakna akan ada berita dari keluarga yang entah itu yang menyenangkan atau menyedihkan.

antara jam 4.00 – 5.00petang
bermakna akan ada perjalanan jauh yang akan anda lakukan dalam waktu dekat.

antara jam 5.00 – 6.00petang
bermakna anda sedang menjadi perbualan banyak orang.

antara jam 6.00 – 7.00petang
bermakna akan ada sesuatu yang berharga pergi meninggalkan anda.

antara jam 7.00 – 8.00malam
bermakna akan mendapat berita buruk dari kalangan sendiri.

antara jam 8.00 – 9.00malam
bermakna akan ada keberuntungan yang besar untuk anda.

antara jam 9.00 – 10.00malam
bermakna akan ada yang mengancam anda.

antara jam 10.00 – 11.00malam
bermakna akan ada berita yang baik datang kepada anda.

antara jam 11.00 – 12.00tgm
bermakna akan ada seseorang yang jatuh cinta.

antara jam 12.00tgm – 01.00pagi
bermakna akan ada sesuatu wejangan yang diberikan oleh orang tua.

antara jam 01.00 – 02.00 pagi
bermakna akan ada perselisihan antara kerabat sendiri.

antara jam 02.00 – 03.00 pagi
bermakna segala perjalanan yang ada kerjakan akan selamat sampai tujuan.

antara jam 03.00 – 04.00 pagi
bermakna akan ada yang sesuatu yang hilang yang anda nilai sangat berharga.

antara jam 04.00- 05.00 pagi
bermakna akan ada sesuatu yang merugikan anda jika anda seorang pekerja anda akan diberi peringatan dari pimpinan.

antara jam 05.00- 06.00 pagi
bermakna akan ada orang yang akan mencelakakan anda.

TELINGA SEBELAH KIRI

Antara jam 06.00 –07.00 pagi
bermakna akan ada tamu yang menguntungkan dalam waktu dekat.

antara jam 07.00 –08.00 pagi
bermakna akan melakukan perjalan jauh dalam waktu dekat.

antara jam 08.00-09.00 pagi
bermakna akan kedatangan keluarga dekat.

antara jam 10.00-11.00 pagi
bermakna akan selamat dalam perjalanan yang akan datang.

antara jam 11.00-12.00 tgh
bermakna akan kedatangan keluarga dari seberang lautan.

antara jam 12.00 tgh -1.00 tgh
bermakna akan terserang penyakit dalam waktu dekat.

antara jam 2.00 –3.00petang
bermakna akan kedatangan tamu.

antara jam 3.00 – 4.00petang
bermakna akan bepergian jauh baik beurusan usaha atau urusan kerja, sendiri atau bersama-sama.

antara jam 5.00 – 6.00petang
bermakna dalam waktu dekat akan mendapat keuntungan besar bagi usaha dagang yang dirintis dan dalam waktu dekat akan naik pangkat bagi pekerjaan.

antara jam 7.00 – 8.00 malam
bermakna akan menerima pernyataan cinta dari seseorang dalam waktu dekat ini.

antara jam 9.00 – 10.00 malam
bermakna akan menerima undangan perkawinan dari teman dekat.
antara jam 10.00 – 11.00malam
bermakna akan kedatangan pencuri.


antara jam 11.00 – 12.00 malam
bermakna akan menghadapi penghalang dalam mengurus perkara yang sedang dihadapi.

antara jam 12.00tgm – 01.00pagi
bermakna semua cita-cita akan yang direncanakan akan segera tercapai
antara jam 01.00 – 02.00pag.

bermakna akan menerima khabar yang sangat menyenangkan.

antara jam 02.00 – 03.00pagi
bermakna akan ada perseteruan dalam keluarga.

antara jam 04.00 – 05.00pagi
bermakna and akan mendapat usaha pekerjaan baru.

antara jam 05.00 – 06.00pagi
bermakna akan ada musyawarah dan mufakat dalam setiap persoalan yang dihadapi oleh anda sebagai jalan keluarnya.

Tapi tertanya-tanya jugak pela, maksud LUH MAHFUZ ni then search punye search aku jumpe sumber yg boleh dipercayai :-

Alquran dilkumpulkan di suatu tempat yang bernama LUH MAHFUZ , kemudian di turunkan ke langit dunia sekaligus dan kemudian diturunkan kepada baginda s.a.w secara berperingkat-peringkat mengikut peristiwa dan keadaan yang berlaku.

dengan erti lain,

LUH MAHFUZ ialah tempat catatan yang ditulis padanya ketetapan sekalian makhluk sehinggalah berlakunya hari kiamat nanti. [Lihat : Syarh al-Aqidah al-Thahawiyah, Ibn Abi al-‘Izz al-Hanafi, hlm. 263]

BACAAN BILA TELINGA BERDENGUNG 
Rasulullah s.a.w bersabda:”Apabila berdengung telinga seorang kamu, maka hendaklah ia mengingati Allah dan berselawat kepadaKu. Setelah itu hendaklah ia ucapkan pula: “Dzakarallahu man dzakaranii bi khair” (Allah akan mengingati seseorang yang mengingati Rasul secara baik) [Hadith Riwayat Ibnu Sunny]


Alhamdulillah, dpt ilmu baru hari ni :)

No comments:

Post a Comment